Presiden Aslan Mashkadov bertanya: "Tahukah anda berapa orang tentera
kami semasa kami menumpaskan Russia? Jumlah keseluruhan tentera
Mujahidin tidak lebih dari 4,000 orang
di seluruh Chechya. Hanya 837 Mujahidin sahaja berada di Grozny, ibu
kota Chechya. Tentera Russia yang mengepung Grozny berjumlah 12,0000
orang! 837 Mujahidin telah menewaskan 12,0000 orang tentera Russia!"
.
Beliau terus bertanya: "Bagaimana ini boleh berlaku? Allah menyatakan
dalam Al-Quran bahawa dengan bantuan Allah, SubhanalLah, sekecil manapun
jumlah kamu, kamu boleh mengalahkan ribuan dan ribuan orang kuffar."
.
Sambung beliau: "Tahukah kamu kenapa kami begitu berjaya, mengalahkan
tentera Russia dengan hanya sejumlah kecil tentera? Islam datang kepada
kami di Chechya, Daghestan, Russia dan Tataristan serta negara-negara di
sini melalui kaum sufi. Dan Islam telah terpelihara semasa zaman
Komunis dari generasi ke generasi dalam masa yang panjang adalah kerana
Tasawuf. Tahukah kamu bagaimana ia dipelihara? Melalui zikrullah dan
selawat ke atas Nabi sallaLlahu alaihi wassalam. Kami ini kaum Qadiri
dan Naqshabandi di Chechya. Sebelum kami bertolak ke mana-mana medan
tempur, kami akan duduk dalam bulatan dan mengalunkan Qasidah Burdah
Al-Bushiri. Kami mengalunkannya dalam satu suara, dengan KUAT – kamu
akan mendengarnya sebagai satu suara, kemudian kami akan berselawat
kepada Nabi sallaLalhu alaihi wassalam, kemudian zikir, kemudian kami
akan keluar dan berperang, dengan barakah selawat-selawat ini ke atas
Nabi sallaLlahu alaihi wassalam, dan zikrulLah ini..سبحان الله
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
.sumber
Tidak ada komentar:
Posting Komentar