"Sekian lama Rasulullah ﷺ. wafat meninggalkan kita ummat akhir zaman. Akan tetapi, Rasulullah ﷺ. meninggalkan kita dengan adanya pewaris Baginda ﷺ. iaitu para Ulama' yang sentiasa mendidik ummah mengenal Islam. Rasulullah ﷺ. mengajarkan kita akhlak yang mulia. Rasulullah ﷺ. memberitakan kepada kita pelbagai hal yang akan berlaku di akhir zaman. Begitu banyak tinggalan Rasulullah ﷺ. kepada kita, sehinggkan cinta yang Rasulullah ﷺ. berikan kepada kita umat akhir zaman adalah begitu tinggi menandingi cinta kita kepada Baginda ﷺ.
Meskipun
Rasulullah ﷺ. telah lama pergi, hadirkanlah Rasulullah ﷺ. dalam
kehidupan kita dengan membina cinta yang tinggi dalam diri. Kita
hendaklah menghidupkan sunnah Baginda ﷺ, mengamalkan hadis-hadis Nabi ﷺ,
kita kirimkan selawat ke atas Baginda ﷺ, kita berqasidah memuji
Rasulullah ﷺ, dan seterusnya kita berusaha sehabis mungkin membentuk
kehidupan kita seperti kehidupan Baginda Rasulullah ﷺ..."
Ayuh gandakan SELAWAT di bulan barakah ini...
Ayuh gandakan SELAWAT di bulan barakah ini...
sumber
Tidak ada komentar:
Posting Komentar