HOME | CARI ARTIKEL DI SINI

Minggu, 23 Agustus 2015

CARI GURU YANG BENAR UNTUK MENDAPATKAN ILMU

Salah satu daripada kesunnahan ialah belajar Al quran dan ilmu2nya itu secara talaqqi dengan guru muktabar, seperti yg dilakukan para sahabat iaitu menuntutnya dari nabi SAW. Begitu juga tabien, seterusnya tabi tabien, seterusnya mewarisi kepada generasi kmudian...BUKAN SEKADAR BUKA KITAB TERJEMAHAN ALQURAN DAN BUAT HINOPSIS MENGIKUT KEFAHAMAN SENDIRI. Semua itu mesti dibimbing guru yg mengambil secara musyafahah dan talaqqi dari ulamak2 yg mewarisi metode pengajian dari generasi salaf dan khalaf. Soalannya...
1. Kamu kata mereka tak maksum, benar, bisa melakukan kesalahan kerana mereka juga insan biasa...jika dibandingkan mereka dengan diri kamu, apatah lagi kamu itu sendiri...? Lebih2 lagi TIDAK MAKSUM DAN BISA SAHAJA MELAKUKAN MAKSIAT. Beza mereka dengan kamu, mereka belajar agama dari sandarannya, guru2 yg mewarisi ilmu2 alquran dan sunnah diatas bimbingan ulamak2 muktabar. Andainya (saya kata andainya) kamu tidak belajar sebegitu, hanya buka terjemah alquran, buka terjemah hadith, klik laman sesawang maktabah syamilah atau seumpamanya, hanya baca fatwa2 di internet sahaja, maka kamu sebenarnya telah meninggalkan satu sunnah iaitu belajar ilmu agama dengan bertalaqqi/menuntut daripada ahlinya. Kefahaman kamu tiada bimbingan dan bisa sahaja silap.
2. Kamu salah kalau kamu kata nabi SAW tidak jamin para ulamak, meskipun mereka hanya manusia biasa, tidak terlepas dari kesilapan tetapi ada mereka ada kelebihan dan keutamaan disisi Allah dan RasulNya...apalah sangat yg ada pada diri kamu itu jika nak dibandingkan dengan mereka. Kamu itu langsung tiada apa jika dibandingkan dgn mereka, itupun ada hati lagi mahu merendahkan mereka. Mereka ada ilmu agama, ada adab dan akhlak, mereka arif tentang agama, kamu pula? Hanya tahu kritik ulamak...Bersangka baiklah dgn mereka, beradablah dgn mereka, cintailah mereka dan bergurulah dgn mereka kerana Allah berfirman dlm Surah Az-Zumar surah ke39, ayat 9 :
قل هل يستوى الذين يعلمون والذين لا يعلمون...
Maksudnya: katakanlah(wahai Muhammad) apakah sama(antara) orang2 yg mengetahui dengan orang2 yg tidak mengetahui.
Al Allamah Syeikh Muhammad b Umar Nawawi alBantani (1316H) menjelaskan di dlm tafsirnya yg berjudul Murohu Labid lil Kasyfi Ma'na alQuran alMajid bahawa :
ويجوز ان يراد هذا السبيل التشبيه اي كما لا يستوى العالمون والجاهلون...
'Dan harus dikehendaki dgn jalan ini utk membuat tasybih (kerana auat itu merujuk peristiwa perbandingan para sahabat dengan pengikut2 abu jahal) iaitu seperti tidak sama orang yg alim dengan orang yg jahil...(silalah rajinkan diri rujuk kitab murohu labid lil kasyfi ma'na alquran almajid, al'allamah as-syeikh b umar nawawi al bantani aljawi(1316H), mukasurat 326, cetakan darul kutub al ilmiyah beirut, terbitan tahun 2006)
Kelebihan ulamak lagi dinyatakan Allah dlm firmannya surah al Mujadalah surah ke58...ayat11...
يرفع الله الين ءامنوا منكم والذين اوتوا العلم درجات...
(Nescaya) Allah akan mengangkat/meninggikan orang2 yg beriman dikalangan mereka dan orang2 yg diberi ilmu pengetahuan sbanyak beberapa darjat(di dalam syurga)
Firman yg lain dalam surah Faatir surah ke35 ayat 28 :
انما يخشى الله من عباده العلماء
Maksudnya: sesungguhnya (yang) takut kepada Allah di kalangan hamba2nya hanyalah orang2 yg mengetahui..
Terdapat hadith dari sunan abi daud,(no 3641) dan jami' tarmizi (no 2682) dan musnad ahmad (no 21714):
عن ابي الدرداء قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من سلك طريقا يبتغي فيه علما سهل الله له طريقا الى الجنة وان الملائكة لتضع اجنهتها لطالب العلم رضى بما يصنع وان العالم ليستغفر له من في السماوات ومن في الارض حتى الحيتان في الماء وفضل العالم على العابد كفضل القمر على سائر الكواكب وان العلماء ورثة الانبياء وان الانبياء لم يورثوا دينارا ولا درهما وانما ورثوا العلم فمن اخذه اخذ بحظ وافر...
Jaminan kemulian dan keutamaan ulamak jelas dalam alquran dan hadith2...dalam hadith diatas baginda SAW mengatakan ulamak itu pewaris anbiya...!! mewarisi ilmu agama...!!
Kamu pula persoalkan siapa jamin ulamak itu pewaris nabi? Siapa kamu?
Janganlah kita jadi orang yg mendustakan hadith2 nabi SAW kerana berat seksaannya di akhirat kelak...
Sabda baginda SAW:
ومن كذب علي معتمدا فليتبوا مقعده من النار...رواه البخاري(no3461) واحمد (no6486)...

Mereka yg memperjuangkan ilmu agama yg diwarisi dari generasi salaf dan khalaf dgn ikhlas memang termasuk dalam jaminan itu. Saya ulang sekali lagi, cintailah ulamak yg merupakan ahli ilmu agama. Belajarlah dengan mngikut sunnah nabi SAW...kalau kamu boleh kata ulamak tak maksum, tak terlepas dari silap dan salah, saya juga boleh katakan KAMU itu sendiri tak maksum, tidak terlepas juga dari DOSA dan MAKSIAT...jadi siapalah sgt kamu itu berbanding dgn ulamak2 warisan salaf dan khalaf? Adalah tidak pernah berdosa sama sekali? Adakah ilmu agama lebih tinggi dari mereka...Jangan diturutkan hasad dan iri hati terhadap insan2 yg dipilih menjadi pembawa ilmu agama...kita semua hanyalah orang AWAM, ilmu tak banyak, mengapa lancang sangat meremehkan alim ulamak yg byk berjasa menyebarkan ilmu agama?
Jangan rasa mulia atau setaraf, kita ini orang AWAM...bersangka baik dan beradab dengan alim ulamak lebih utama bagi kita yg jahil ilmu agama ini.
Kalaulah Alquran pun tak dihafaz sepenuhnya, semua kitab sunan sittah tak habis dipelajari, saya rasa lebih baik kita jgn terlalu lantang bersuara menuduh itu ini, merendahkan orang lain, menggunakan ayat2 alquran bukan pada tempatnya lagi2 bertujuan untuk berhujah keatas orang,berdebat tentang perkara2 agama sedangkan kita bukan ahlinya, lebih malang lagi, dah lah kita ini jahil tapi memandai2 bicara tentang hukum hakam agama...
Kemudian berani mengkritik ulamak2 dengan alasan tidak maksum, mereka manusia biasa , tak terlepas dari kesalahan atau sebagainya...walhal kita ini bukan ahli ilmu agama pun...sekadar ikut-ikutan merasakan diri ini mujtahid dan layak berfatwa. Sebenarnya kita silap, itu semua kerana hasad dan dengki trrhadap alim ulamak...itu tanda hati sudah rosak dan tak menerima nasihat orang lain...berasa diri sendiri sahaja yg betul dan orang lain semua salah...Astagfirullahaladzim, kita ini orang AWAM. Sedarlah wahai saudara.Jom Hadir Program bersama Ulama.
sumber

Tidak ada komentar:

Posting Komentar