HOME | CARI ARTIKEL DI SINI

Rabu, 12 Agustus 2015

Pesan alhabib umar di bulan maulid

Beberapa pesanan guru mulia Al-Habib Naqjmuddin bin Othman Al-Khered حفظه الله sempena keberadaan dalam bulan yang mulia, Rabiulawwal untuk diamalkan :
1) Mengkhatamkan selawat yang dipesan guru mulia Ad-Dai ilallah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz حفظه الله sebanyak 3000 kali di dalam bulan Rabiulawwal,
اللهم يا نعم المولى ويا نعم النصير صلِّ وسلِّم عددَ علمِك على سيدنا محمدٍ مَن جعلته لنا حِرزاً حريزا، وعلى آله وصحبه وانصرنا به والمسلمين بأسرارِِ ( وينصرك الله نصراً عزيزا )

Allahumma ya ni'mal maula wa ya ni'man nasir, solli wa sallim 'adada ilmika 'ala saiyidina Muhammad, man ja'altahu lana hirzan harizan, wa 'ala alihi wa sohbihi wansurna bihi wal muslimin bi asrari (wa yansurukallahu nasron 'aziza) [ Ya Allah, Wahai Sebaik baik Pelindung dan Penolong, selawat dan salamlah sebanyak ilmu-Mu keatas junjungan kami Muhammad, insan yang Engkau jadikannya sebagai pendinding yg kuat bagi kami, dan juga keatas keluarga Baginda juga para sahabat Baginda, dan bantulah kami dan kaum muslimin dengan (keberkatan) Baginda, dengan rahsia (yang terkandung didalam ayat)
وينصرك الله نصرا عزيزا
"dan Allah membantu mu dengan bantuan yang perkasa" ]
dan sekiranya tidak mampu, dikhatamkan sebanyak 300 kali, jika tidak mampu, dikhatamkan sebanyak 30 kali dan jika tidak mampu, dibaca 3 kali.
2) Memperbanyakkan berselawat
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
sempena mengambil semangat dengan kehadiran bulan Rabiulawwal, mudah-mudahan untuk bulan-bulan yang seterusnya dapat kita berterusan untuk berselawat.
3) Bergembiralah dengan kehadiran bulan ini kerana bulan kelahirannya Nabi Muhammad ﷺ.

sumber

Tidak ada komentar:

Posting Komentar