HOME | CARI ARTIKEL DI SINI

Sabtu, 15 Agustus 2015

Sayyidina Amran Bin Husein sahabat Nabi SAW bertemu Malaikat

Kesabaran diatas musibah; "Satu kisah sahabat Rasulullah ﷺ yang bernama Saidina Amran Bin Hussein yang mana mempunyai hubungan yang pelik dengan Al-Quran.
Dimana beliau setiap kali membaca Al-Quran matanya akan dibuka hijab oleh Allah سبحانه وتعالى sehingga dapat melihat Malaikat dan ianya berlaku setiap kali membaca Al-Quran akan terzahirnya dihadapannya Malaikat tetapi bersama dengan kenikmatan yang dikurniakan sebenarnya Saidina Amran Bin Hussein mempunyai pelbagai penyakit pada dirinya.
Antara penyakit yang dihidapi oleh Saidina Amran adalah penyakit buasir.Sehingga ianya memberikan kepayahan kepada Saidina Amran Bin Hussein sehingga beliau pergi berjumpa dengan Rasulullah ﷺ untuk mengadu akan penyakitnya.
Maka Nabi ﷺ mengatakan "Wahai Amran jika kamu bersabar dengan penyakit kamu maka ianya adalah lebih baik bagi kamu." Maka Saidina Amran mengatakan "Ya Rasulullah tolong doakan kepada Allah untuk ku supaya Allah سبحانه وتعالى mengangkat penyakit ini daripada ku." Lantas sejurus Nabi Muhammad ﷺ berdoa kepada Allah serta merta Allah سبحانه وتعالى mengangkat penyakit yang berada pada Saidina Amran Bin Hussein.Maka beliau pulang ke rumah dan seperti biasa melakukan aktiviti kebiasaannya membaca Al-Quran.
Tetapi apabila beliau membaca Al-Quran tidak lagi dapat melihat Malaikat dihadapannya maka ketika itu juga Saidina Amran Bin Hussein menjerit dan pergi berjumpa dengan Rasulullah ﷺ dan mewawarkan apa yang terjadi kepadanya maka Rasulullah ﷺ mengatakan "Wahai Amran jika kamu bersabar dengan penyakit kamu itu sudah tentu Allah akan teruskan penglihatan kamu kepada Malaikat dihadapan kamu.
Apabila kamu sedang menghidapi penyakit maka ketika itu kedudukan dan martabat kamu disisi Allah سبحانه وتعالى setiap saat dan detik meninggi dan meningkat disisi Allah.Apabila Allah سبحانه وتعالى ingin meninggikan darjat seseorang maka Allah akan memberikan ujian musibah dan penyakit kepadanya. Moga-moga kita dapat bersabar dengan ujian ataupon musibah yang Allah swt timpakan keatas kita. Amin.. Insya Allah."
Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul muhibbin. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.
sumber

Tidak ada komentar:

Posting Komentar