HOME | CARI ARTIKEL DI SINI

Tampilkan postingan dengan label Pencinta Majlis Rasulullah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Pencinta Majlis Rasulullah. Tampilkan semua postingan

Kamis, 17 September 2015

RASULULLAH SAW PERINTAH PENGGAL KEPALA ORANG .........

"Berapa ramai org yg menampakkan senyuman tetapi didalam hatinya memaki..berapa ramai org yg membantu kepada org lain akan tetapi dia riak bantuan itu..berapa org yg bersolat tetapi tujuan solat itu dgn ingin menunjuk-nunjuk kpd org lain..Maka ibadah zahir yg dilakukan itu tidak berkesan disebabkan ibadah batin nya tidak sesuai drp zahir..oleh sebab demikian baginda ﷺ memberikan perumpamaan org yg concern nya itu kpd amal ibadah nya zahir tetapi tidak memberikan perhatian kpd amal ibadah batin dgn suatu peristiwa yg berlaku ketika baginda sedang duduk dtg seseorang yg sebelumnya dipuji tentang amal ibadah lahiriah nya shj iaitu dikatakan org ini janggutnya tidak pernah kering drp air wudhuk.
.
Maka baginda ﷺ bertanya mana satu orgnya?tidak lama dtg org itu dan ketika dtg org itu lalu nabi bersabda "Aku nampak ada tamparan syaitan pada muka org ini"..Orang ini dipuji oleh Para Sahabah disebabkan amal ibadah lahiriah nya,yg dikatakan menjaga wudhuk,solat dan semua amal ibadah..Lalu org itu dtg dan dipanggil oleh nabi dan bertanya "Adakah kamu berkata didalam hati kamu apabila kamu masuk tadi yg kamu adalah org yg paling baik drp semua yg hadir didalam majlis ini termasuk Rasulullah ﷺ..lalu ia mengatakan "Ya betul..saya merasakan lebih baik drp semua yg hadir di majlis ini",lalu org itu meninggalkan nabi setelah diberitahukan kesilapannya,tidak menginsafi kesilapan yg dilakukan lalu beliau solat di tepi.
Kemudian kata baginda Rasulullah ﷺ "Siapa diantara kalian yg bole pergi dan penggal kepala org itu?Lalu Sayyidina Abu Bakar pergi dan melihat org itu sedang solat lalu bekata kpd Rasulullah ﷺ "Bagaimana aku ingin memenggal kepala org yg sedang solat dan menghadap kepada Allah ﷻ..lalu Rasulullah ﷺ berkata lagi "Siapa diantara kalian yg boleh pergi penggal kepala org itu?dan Sayyidina Umar pergi dan melihat ia sedang sujud.."Bagaimana Ya Rasulullah aku ingin memenggal kepala org ini sementara dia sedang sujud kepada Allah ﷻ..Maka berkata Rasulullah ﷺ berkata lagi maka Sayyidina Ali bangkit dan pergi lalu melihat org itu sudah tiada..lalu baginda berkata "Kalau kamu bunuh org itu tadi kau tahu kepada fitnah di akhir zaman".
Yg dimaksudkan dalam Fitnahtul Khawarij iaitu golongan yg penampilan luaran mmg ahli ibadah penampilan zahirnya,tetapi kata Rasulullah ﷺ apabila membaca al-quran suara nya indah,org yg mendengar mungkin boleh terkesan dan menangis dan mungkin diri sendirinya menangis juga tapi apa antara amal ibadah zahirnya tidak berkesan dgn amal ibadah batinnya,dipenuhi dgn benci dan hasad kepada org lain.
Naudzu'billa'minzalik
sumber

Takabur dalam ibadah

"Orang yg mempunyai sifat Takabbur dalam Ibadah lebih berbahaya daripada org yang Takabbur dengan Hartanya".
.
Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

sumber

membersihkan nafsu

Diceritakan oleh Habib Jindan Bin Novel Bin Salim Bin Jindan;
.
"Sangat beruntung org yg membersihkan nafsu nya dan membersihkan jiwa nya dari hal-hal yg tercela dan sangat merugi bagi org-org yg membiarkan nafsu nya ternoda kernanya ketahuilah kesucian tersebut didapat adalah dgn duduk bersama-sama org-org yg suci,bersama org-org yg terbina hatinya,bersama org-org yg jiwa nya telah dibersikan oleh Allah ﷻ sehingga Allah ﷻ menjadikan misi yg dibawa oleh Rasulullah ﷺ adalah di dalam tilawatul kitab, dan juga memberikan ta'alim(agama) dan memberikan tazkiyah kepada Ummat ini.
Allah ﷻ telah memberikan anugerah yg luas kepada kaum mukminin ketika Allah ﷻ mengutus Nabi Muhammad ﷺ yg membacakan ayat-ayat Allah ﷻ kepada mereka dan juga memberikan ta'alim(ajaran) alkitab dan juga hikmah serta memberikan tazkiyah kepada mereka sekalian.
Tazkiyah dan kesucian tersebut itulah yg disampaikan oleh Nabi Muhammad ﷺ kepada para sahabat beliau sehingga ketika Allah ﷻ mengajarkan ugama Islam ini bukan hanya al-quran shj yg diturunkan tetapi al-quran diturunkan tidak sekali gus namun secara bertahap dlm tempoh waktu 23 tahun dibawa oleh Rasulullah. 13 tahun dilalui oleh nabi Muhammmad ﷺ di Mekkah dan 10 tahun di Madinah Al-Munawwarah sehingga apabila ketika turun drp al-quran tersebut diiringi dgn perterjemahan dari Rasulullah ﷺ ,dari pengamalan Rasulullah ﷺ ,dari Tazkiyah dan ajaran dan peneladanan yg dibawakan oleh Nabi Muhammad ﷺ ..Sehingga tarbiah itu sampai disebutkan para-para ulama "Kalau bukan jasa para guru,jasa pendidik maka nescaya aku tidak akan kenal kepada Allah ﷻ ". .
"Kalau bukan jasa mereka para pendidik yg mengangkat dan menyimang hati aku untuk menaiki jinjang-jinjang martabat tinggi disisi Allah ﷻ maka aku tidak mengenal penghambaan diriku yg sebenarnya kepada Allah ﷻ
Namun berkat jasa mereka kita mengenal drp tarbiah,mengenal drp Makrifatullah,mengenal drp ibadah.
سبحان الله

Selasa, 18 Agustus 2015

Sifat para Nabi, ulama, wali, sholihin


sumber

Imam Hambali vs ibu yg lumpuh

Imam Ahmad Ibn Hanbal
Nama beliau Ahmad bin Hanbal Syaibani al-Marwazi dan biasa dipanggil Abu Abdullah.
Dikatakan Imam Ahmad bin Hanbal selalu menyampaikan hadis dari kitab dantidak pernah menyampaikan hadis dari hafalannya..Beliau seorang yang alim lagi warak serta zuhud.
Abu Daud berkata "Majlis Imam Ahmad adalah majlis akhirat, tidak pernah terdengar di dalamnya masalah duniawi, tidak sekalipun saya melihat Imam Ahmad menyebut masalah dunia".
Diceritakan diantara karomah beliau "Pada suatu hari datang seorang lelaki bertemu dengan Imam Ahmad seraya berkata;
"Sesungguhnya ibuku lumpuh sudah 20 tahun lamanya..Ibuku menyuruh saya berjumpamu untuk meminta doa untuknya".
Lalu Imam Ahmad marah dan berkata "Kami lebih lumpuh, suruh ibumu mendoakan kami, daripada kami mendoakannya". kemudian atas desakannya, dia berdoa kepada Allah ﷻ untuk ibunya.
Maka lelaki itu pulang lalu mengetuk pintu rumah dan tidak disangka-sangka ibunya membukakan pintu dengan keadaan boleh berjalan, sambil berkata "Allah ﷻ telah menyembuhkan nya untukku".
سبحان الله
sumber

Sabtu, 15 Agustus 2015

Syukur

Imam as-Sayuti berkata; "Sekiranya seseorang itu menyangka bahwa dgn 1 ucapan syukurnya sudah cukup utk mengucapkan syukur atas seluruh nikmat yg Allah kurniakan ke atasnya selama ini, maka dia sedang menuju ke arah salah 1 drpd lembahnya Syirik."
Satu hari ada seorang alim yg kaya dr segi hartanya bertemu dgn Nabi Musa ketika Nabi Musa di dalam perjalanan ke suatu tmpt dan berkata; "Wahai Musa, aku ini dilimpahkan dgn harta yg banyak. Bolehkah engkau Wahai Musa meminta kpd Allah agar harta aku ini dikurangkan supaya aku tidak menjadi lalai kpd dunia."
Lalu Nabi Musa berkata; "Akan aku doakan."
Seketika Nabi Musa meneruskan perjalanan, lalu Nabi Musa ditemukan dgn seorang miskin dimana di badannya hanya beralaskan sehelai kain yg menutupi badannya. Si miskin itu berkata; "Wahai Musa, bolehkah engkau meminta kpd Allah supaya aku ini dikurniakan dgn kekayaan supaya tidak lagi aku hidup begini?"
Lalu Nabi Musa menjawab perkara yg sama seperti yg dijawab kpd si kaya alim td.
Lalu Nabi Musa naik ke atas gunung dan bermunajat; "Ya Allah, Engkau kurangkan harta ke atas si kaya itu dan Engkau limpahkan kekayaan ke atas si miskin itu."
Lalu Allah berfirman; "Katakan Wahai Musa, kpd si kaya itu, selagimana si kaya itu masih bersyukur kpd Aku, mana mungkin akan Aku kurangkan hartanya. Dan katakanlah kpd si miskin itu, bersyukurlah kerana Aku masih mengurniakan kepadanya sehelai kain ke atasnya utk menutupi tubuhnya sebelum Aku merentap kain itu dr tubuhnya. Dan katakanlah kpd si miskin itu, perbanyakkan bersyukur kpd Aku, nescaya akan Aku pertambahkan hartanya."
Berpesan Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid; "Jika hari ini kita masih merungut bahwa hidup kita masih serba kekurangan, lihatlah kpd orang yg lebih susah dr kita, nescaya kita akan lebih bersyukur dgn apa yg kita ada."
Berpesan Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari; "Lagi banyak kita bersyukur, lagi banyak nikmat yg Allah limpahkan."
sumber

Kemulyaan jumat

Jibril pernah mendatangiku dan di tangannya ada sesuatu seperti kaca putih..Di dalam kaca itu, ada titik hitam..Nabi ﷺ pun bertanya, “Wahai Jibril apakah itu?lalu beliau menjawab, “Ini hari Jumaat”..Nabi bertanya lagi, “Apa maksudnya hari Jumat?” Jibril mengatakan, “Kalian mendapatkan kebaikan di dalamnya.
Hari jumat menjadi hari raya bagimu dan bagi kaummu setelahmu. Sementara, orang Yahudi dan Nasrani mengikutimu (Sabtu–Ahad)..Nabi ﷺ bertanya, “Apa lagi yang kami peroleh di hari Jumat?” Beliau menjawab, “Di dalamnya, ada satu kesempatan waktu; jika ada seorang hamba muslim berdoa bertepatan dengan waktu tersebut, untuk urusan dunia serta akhiratnya maka pasti Allah ﷻ kabulkan doanya..Allah ﷻ simpan untuknya dengan memberikan yang lebih baik dari perkara yang dia minta, atau dia dilindungi dan dihindarkan dari musibah.
Nabi ﷺ bertanya lagi, “Apa titik hitam ini?” Jibril menjawab, “Ini adalah kiamat, yang akan terjadi di hari Jumaat..Hari ini merupakan pemimpin hari yang lain menurut kami. Kami menyebutnya sebagai “yaumul mazid”, hari tambahan pada hari kiamat.” Aku bertanya, “Apa sebabnya?” Jibril menjawab, “Karena Rabbmu, Allah ﷻ menjadikan satu lembah dari minyak wangi putih. Apabila hari Jumat datang, Dia Dzat yang Mahasuci turun dari illiyin di atas kursi-Nya. Kemudian, kursi itu dikelilingi emas yang dihiasi dengan berbagai perhiasan. Kemudian, datanglah para nabi, dan mereka duduk di atas mimbar tersebut. Kemudian, datanglah para penghuni syurga dari kamar mereka, lalu duduk di atas bukit pasir. Kemudian, Rabbmu, Allah ﷻ Dzat yang Mahasuci lagi Mahatinggi, menampakkan diri-Nya kepada mereka, dan berfirman, “Mintalah, pasti Aku akan beri”..Maka mereka meminta redha-Nya. Allah ﷻ pun berfirman, “Aku halalkan untuk kalian rumah-Ku, dan Aku jadikan kalian berkumpul di kursi-kursi-Ku. Karena itu, mintalah, pasti Aku beri!” Mereka pun meminta kepada-Nya. Kemudian Allah ﷻ bersaksi kepada mereka bahwa Allah ﷻ telah meredhai mereka.
.
. (Hr. Ibnu Abi Syaibah, Thabrani dalam Al-Ausath, Abu Ya’la dalam Al-Musnad, Hasan Shahih)
sumber

Kemenangan islam atas rusia

Presiden Aslan Mashkadov bertanya: "Tahukah anda berapa orang tentera kami semasa kami menumpaskan Russia? Jumlah keseluruhan tentera Mujahidin tidak lebih dari 4,000 orang di seluruh Chechya. Hanya 837 Mujahidin sahaja berada di Grozny, ibu kota Chechya. Tentera Russia yang mengepung Grozny berjumlah 12,0000 orang! 837 Mujahidin telah menewaskan 12,0000 orang tentera Russia!"
.
Beliau terus bertanya: "Bagaimana ini boleh berlaku? Allah menyatakan dalam Al-Quran bahawa dengan bantuan Allah, SubhanalLah, sekecil manapun jumlah kamu, kamu boleh mengalahkan ribuan dan ribuan orang kuffar."
.
Sambung beliau: "Tahukah kamu kenapa kami begitu berjaya, mengalahkan tentera Russia dengan hanya sejumlah kecil tentera? Islam datang kepada kami di Chechya, Daghestan, Russia dan Tataristan serta negara-negara di sini melalui kaum sufi. Dan Islam telah terpelihara semasa zaman Komunis dari generasi ke generasi dalam masa yang panjang adalah kerana Tasawuf. Tahukah kamu bagaimana ia dipelihara? Melalui zikrullah dan selawat ke atas Nabi sallaLlahu alaihi wassalam. Kami ini kaum Qadiri dan Naqshabandi di Chechya. Sebelum kami bertolak ke mana-mana medan tempur, kami akan duduk dalam bulatan dan mengalunkan Qasidah Burdah Al-Bushiri. Kami mengalunkannya dalam satu suara, dengan KUAT – kamu akan mendengarnya sebagai satu suara, kemudian kami akan berselawat kepada Nabi sallaLalhu alaihi wassalam, kemudian zikir, kemudian kami akan keluar dan berperang, dengan barakah selawat-selawat ini ke atas Nabi sallaLlahu alaihi wassalam, dan zikrulLah ini..سبحان الله

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
.sumber

Mahar Nabi Adam AS

Dikatakan Nabi Adam AS apabila diciptakan maka beliau kesunyian dan kesepian maka Allah ﷻ ambil drp tulang rusuk nya utk diciptakan peneman dan pendamping iaitu Siti Hawa AS..Kemudian Nabi Adam AS ingin menghampiri nya maka Allah ﷻ melarang Nabi Adam AS selagi ia tidak membayar Mahar atau Mas Kahwin utk mendapatkan Siti Hawa AS..Maka Nabi Adam AS mengatakan "Ya Allah apakah maharnya?apakah mas kahwin nya?kerna ketika itu tiada currency lagi kerana mahar atau mas kahwin ketika itu diperlukan sesuatu yg bernilai pada zaman tersebut utk membayar mas kahwin..Maka apa currency yg digunakan kepada Adam AS iaitu yg paling tinggi sekali didalam Syurga Allah ﷻ lalu Allah ﷻ berkata "Wahai Adam kamu berselawat 10 kali keatas Nabi Muhammad ﷺ itu akan menjadi Mas Kahwin dan Mahar kamu utk Siti Hawa AS.
.

Lihat kedudukan Nabi kita Muhammad ﷺ
Dan seorang yg berselawat keatas Nabi Muhammad ﷺ,maka Allah ﷻ akan berselawat 10kali keatasnya..Satu selawat drp Allah ﷻ utk seorang hambanya lebih baik drp Ibadah seluruh Para Malikat Malikat yg berada dilangit yg pertama hingga langit yg ketujuh dan seluruh Malikat yg berada diatas dunia ini drp awal kejadian Malikat hingga hari kiamat..Satu selawat drp Allah ﷻ itu lebih baik drp Ibadah seluruh makhluk Allah ﷻ drp Nabi Adam AS sehingga ke hari Kiamat.
Jika dineracakan dan dimizankan satu selawat keatas Allah ﷻ bagaimana nk ditimbang dan dineracakan seluruh ibadah makhluk nya..Bagaimana jika 10kali selawat drp Allah ﷻ..Seorang yg 100 Kali berselawat keatas Nabi Muhammad ﷺ bermakna 1000 kali Allah ﷻ berselawat keatas org tersebut.
Maka Nabi Muhammad ﷺ mengatakan "Tidak ada selawat dan salam yg diucapkan oleh Ummatku kecuali aku menjawab salamnya,aku menjawab selawatnya.سبحان الله

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Guru Mulia,Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari,Tasawwuf Majlis Ta'lim Darul Muhibbin.
sumber

Rabu, 12 Agustus 2015

Pesan alhabib umar di bulan maulid

Beberapa pesanan guru mulia Al-Habib Naqjmuddin bin Othman Al-Khered حفظه الله sempena keberadaan dalam bulan yang mulia, Rabiulawwal untuk diamalkan :
1) Mengkhatamkan selawat yang dipesan guru mulia Ad-Dai ilallah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz حفظه الله sebanyak 3000 kali di dalam bulan Rabiulawwal,
اللهم يا نعم المولى ويا نعم النصير صلِّ وسلِّم عددَ علمِك على سيدنا محمدٍ مَن جعلته لنا حِرزاً حريزا، وعلى آله وصحبه وانصرنا به والمسلمين بأسرارِِ ( وينصرك الله نصراً عزيزا )

Allahumma ya ni'mal maula wa ya ni'man nasir, solli wa sallim 'adada ilmika 'ala saiyidina Muhammad, man ja'altahu lana hirzan harizan, wa 'ala alihi wa sohbihi wansurna bihi wal muslimin bi asrari (wa yansurukallahu nasron 'aziza) [ Ya Allah, Wahai Sebaik baik Pelindung dan Penolong, selawat dan salamlah sebanyak ilmu-Mu keatas junjungan kami Muhammad, insan yang Engkau jadikannya sebagai pendinding yg kuat bagi kami, dan juga keatas keluarga Baginda juga para sahabat Baginda, dan bantulah kami dan kaum muslimin dengan (keberkatan) Baginda, dengan rahsia (yang terkandung didalam ayat)
وينصرك الله نصرا عزيزا
"dan Allah membantu mu dengan bantuan yang perkasa" ]
dan sekiranya tidak mampu, dikhatamkan sebanyak 300 kali, jika tidak mampu, dikhatamkan sebanyak 30 kali dan jika tidak mampu, dibaca 3 kali.
2) Memperbanyakkan berselawat
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
sempena mengambil semangat dengan kehadiran bulan Rabiulawwal, mudah-mudahan untuk bulan-bulan yang seterusnya dapat kita berterusan untuk berselawat.
3) Bergembiralah dengan kehadiran bulan ini kerana bulan kelahirannya Nabi Muhammad ﷺ.

sumber

Minggu, 02 Agustus 2015

Cinta Ulama

Al Habib Zein bin Ibrahim bin Sumaith :
Barang siapa yang cinta pada ulama, duduk bersama mereka, belajar dengan mereka, membantu mereka. Jika mereka bukan menjadi ulama, maka Allah akan jadikan keturunannya ada yang menjadi ulama.
sumber