“Jauhilah sifat syirik, baik syirik lahiriah ataupun batiniah. Sifat syirik lahiriah seperti menyembah patung atau berhala, sementara syirik batiniah seperti bersandar kepada makhluk dan hanya memerhatikan kepadanya, baik dalam kemudharatan ataupun dalam manfaat.
Di antara manusia ada orang yang memiliki dunia, tetapi dia tidak
mencintainya; dia memiliki dunia tetapi tidak dimiliki dunia; dunia
mencintainya tetapi dia tidak mencintai dunia; dunia lari di
belakangnya, tetapi dia tidak lari ke belakang mengejarnya; dia
memanfaatkan dunia tetapi dunia tidak berhasil memanfaatkannya; dan dia
berhasil memisahkan diri dari dunia, tetapi dunia tidak memisahkan diri
darinya.
Dia benar-benar telah membuat hatinya menjadi baik kerana Allah Azza wa Jalla, sedangkan dunia tak mampu merosaknya. Maka, dia mampu mengatur dunia, sementara dunia tak akan mampu mengaturnya. Kerana itu, Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik harta yang bermanfaat adalah harta orang yang soleh.” Beliau juga bersabda, “Tidak ada kebaikan dalam dunia ini, kecuali bagi orang yang berkata begini dan begitu.” Beliau mengisyaratkan bahawa orang itu memisahkan dunia dengan tangannya dalam berbagai segi yang baik.
Maka, hendaklah engkau membiarkan dunia di tanganmu untuk kebaikan hamba-hamba Allah Azza wa Jalla. Keluarkanlah dunia dari hatimu hingga dunia sama sekali tidak membahayakanmu. Janganlah kenikmatan dunia dan perhiasannya menipumu. Sebab, tidak lama lagi engkau akan pergi dan dunia pun akan pergi setelah kepergianmu.”
--Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani
sumber

Tidak ada komentar:
Posting Komentar