IKHLASKAN IBADATMU DENGAN TAWAJUH (MEMUSATKAN) HATIMU HANYA KEPADA ALLAH...HINDARI YANG SELAIN ALLAH
Suatu ketika dimusim Haji, seorang sufi Abu Bashir sedang berdiri
dekat Ka’bah seraya menjuruskan pandangannya kepada orang ramai yang
sedang bertawaf, dia tertegun kerana begitu banyaknya orang yang
mengerjakan tawaf sehingga kedengaran suara gemuruh takbir, tahmid,
tasbih serta do’a, lalu terlintas dalam benaknya tentulah mereka itu
mendapat keampunan di sisi Allah s.w.t.
Sejurus kemudian datanglah Imam Ja’afar As Sadiq seorang imam besar
keturunan Rasulullah s.a.w dan dia mengetahui apa yang terlintas di
dalam benak anak muridnya itu lantas berkata kepada Abu Bashir;
"Pejamkanlah matamu wahai Abu Bashir...!"
Dengan rasa kebingungan
yang mendalam akhirnya Abu Bashir menuruti dan patuh keatas apa yang
diperintahkan oleh gurunya itu. Kemudian Imam Ja’far Sadiq mengusap
wajah Abu Bashir dan berkata; Sekarang bukalah matamu wahai Abu Bashir
dan lihat kembali kepada orang ramai yang sedang bertawaf itu...
Setelah Abu Bashir membuka matanya, alangkah terperanjat dia tiada
terkira kerana sekarang apa yang dilihatnya hanyalah sekumpulan
orang-orang yang berkepala binatang sedang melakukan tawaf, diantara
mereka ada yang menyalak, mengaum, mengembik dan mengerang.
Sambil diliputi rasa hairan, kebingungan dan gerun ketakutan dia
kemudian bertanya kepada gurunya; Apa yang sebenarnya yang terjadi ini
wahai guruku...?
Maka Imam Ja’far Sadiq menjelaskan; Pada kali
pertama yang engkau lihat itu adalah sifat wujud jasadiyah luaran mereka
sahaja yang sedang bertawaf, dan pada kali kedua yang engkau lihat
adalah hakikat sifat batin dalaman wujud rohaniyah mereka.
Lalu
Abu Bashir bertanya lagi; Kenapa boleh terjadi hal yang demikian wahai
guru? Pada hal mereka sedang berhaji, dan kelihatan mereka itu sedang
bertakbir, bertahmid dan bertasbih mengagungkan Allah s.w.t
Dan
dijawab oleh Imam Ja’afar Shaddiq; Apa yang mereka ucapkan dilidah
mereka tidak sungguh-sungguh keluar dari lisan hati bathin mereka kerana
tidak bersesuaian dengan apa yang terlintas di dalam hati bathin
mereka. Apa yang mereka usahakan tidak pernah ditujukan ikhlas kepada
Allah s.w.t tapi keduniaan yang mereka tuju. Mereka masih lagi
mengingati yang lain selain Allah sw.t hatta ketika ibadah merekapun...
kerana kenyataannya mereka masih lagi sibuk dengan perlakuan haji
mereka, dengan amal mereka, dengan zikir mereka, dengan wujud mereka,
dengan ilmu-keilmuan mereka, dengan harta kekayaan mereka, dengan
kesombongan diri mereka... padahal Allah s.w.t Maha
Mengetahui
apa yang terlintas didalam diri kita baik zahir mahupun batin. Tidak
satu saatpun mereka bersama dengan Allah ketika ibadat mereka... dan
merasa diri mereka wujud independent... berdiri sendiri... bebas
beribadat dan beramal tanpa kebergantungan hanya kepada Allah... ikhlas
merasa semuanya yang dinikmati adalah dari Allah.. dengan Allah.. untuk
dan kerana... benar-benar menjadi hamba hakiki... mazhar Allah yang tak
berupaya.
Oleh sebab itu luruskan ikhlas niatmu kerana Allah dan
Rasul-Nya dan pasrah berserah dirimu untuk diaturkan dan disifati oleh
Allah sw.t dengan segala ketentuan-Nya, kerana itu adalah awal serta
akhir dari segala perjalanan ibadah seseorang hamba... dengan hati batin
sentiasa mengharap tajalli Jamal-Nya dan dihindari dari tajalli
Jalal-Nya... sebagaimana yg dipohon didalam Surah Al Fatihah.
Dan
sesuatu yang dilihat pada zahir itu belum tentu kebenarannya, jangan
ta’ajub dengan sifat zahir sesuatu semata-mata, sedang lalai hak2
hakikat. Kita diperintah dengan perintah syariat dan hakikat, perintah
ikhtiari dan ijbari.
Barangsiapa yang kebanyakan masanya hati
mereka lalai (ghaflah) dari Allah, maka karat akan tertempa pada
hatinya, dan karat tersebut mengikut kadar kelalaiannya. Kalau sekiranya
hati berkarat maka gambaran-gambaran maklumat tidak akan terakam
padanya bertepatan dengan realitinya yang sebenar, maka ia akan melihat
kebatilan sebagai benar dan kebenaran sebagai kebatilan…. Apabila karat
terakam pada hati, maka ia menjadi hitam lalu terdinding, lantas
rosaklah perspektifnya (tasawwur) dan pengetahuannya (idrak), maka ia
sukar dan sering tidak menerima kebenaran dan tidak menolak kebatilan.
Ini merupakan sebesar-besar hukuman bagi hati (a‘zami ‘uqubat al-qalbi).
Puncanya adalah kerana kelalaian dari Allah dan mengikut hawa nafsu,
maka kedua-duanya memadamkan cahaya hati dan membutakan pandangannya.
Kerana nafsu sentiasa memandang wajah-wajah selain Allah.
Semoga
kita tidak meletakkan martabat rohani kita seperti binatang... yang
hanya tahu makan, minum, berkelahi dan berhubungan jenis semata...
didunia ini. Pergilah kepada Tuhanmu dengan hati yang merendah diri lagi
hina....
Semoga bermanafaat
sumber
Tidak ada komentar:
Posting Komentar