Dari Ubay Ka’ab r.a, beliau bertanya : “Wahai Rasulullah,
sesungguhnya aku ingin memperbanyakkan berselawat kepadamu. Dari itu,
berapa banyakkah dari doaku perlu aku jadikan untuk berselawat kepadamu?”
Rasulullah S.A.W menjawab : "Terserah kepadamu.”
Aku pun berkata : “Adakah satu perempat darinya?”
Rasulullah S.A.W menjawab : “Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu.”
Aku berkata : “Adakah separuh daripadanya?”
Rasulullah S.A.W menjawab : “Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu.”
Aku berkata : “Adakah dua pertiga?”
Rasulullah S.A.W menjawab : “Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu.”
Aku pun berkata : “Aku jadikan semua doaku untukmu.”
Beliau S.A.W pun bersabda : “Sekiranya begitu, akan dicukupkan semua keinginanmu dan diampuni semua dosamu.”
[Hadis Riwayat at-Tirmidzi]
sumber
Tidak ada komentar:
Posting Komentar