Ini adalah kerana ia adalah rakaman video proses mengawet rambut
junjungan besar Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W yang diadakan di Abu
Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Ia dilakukan dengan begitu teliti oleh mereka yang dipilih kerana kepakaran dan kasih sayang kepada Nabi Muhammad sahaja yang berhak melakukan proses ini.
Helaian rambut baginda disimpan oleh Shaikh Ahmad Al Khazraji dan sesekali ia dipertunjukkan kepada orang awam di rumahnya supaya mereka dapat melihat anggota badan Nabi terakhir dalam sejarah kerasulan.
Di dunia ketika ini, hanya empat bahagian anggota tubuh Nabi Muhammad disimpan dan dijaga dengan baik di beberapa lokasi tertentu di seluruh dunia.
Ia adalah janggut baginda, gigi baginda, bekas tapak kaki baginda dan rambut baginda.
Bagi rambut yang berada dalam simpanan Shaikh Ahmad, ia diperolehi ketika Rasulullah bertahlul selepas tidak dibenarkan masuk ke Kota Makkah sewaktu .Perjanjian Hudaibiah. – MyNewsHub
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

sumber: Muhammad Alif Heng10 september 2014
Tidak ada komentar:
Posting Komentar