Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu isterinya, kenapa
engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, ‘setiap kali aku
rindu syurga aku mendapatkan semerbak bau harum syurga pada diri
Fatimah’.
Suatu hari Siti
Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mahu tidur.
Rasulullah mengetuk pintu biliknya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti
Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat
tidurmu’.
Kemudian beliau bersabda ‘puteriku Fatimah, kamu jangan
tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran. Kamu jangan tidur sebelum
menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur
sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum
mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah
jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’.
Permintaan yang
sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan
seluruh Nabi memberikan syafaat. Sebelum tidur merelakan kaum
mukminin-mukminat. Sebelum tidur Umrah dan Haji.
Siti Fatimah
terkejut mendapatkan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata,
Rasulullah solat dua rakaat di kamar Siti Fatimah. Siti Fatimah duduk
menanti selesai shalat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi.
Setelah Rasulullah salam, Siti Fatimah berkata, ‘ayahku, siapa yang
mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi
syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan
Umrah dan Haji?’
Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda,
‘bukan begitu putriku, bukankah engkau kalau membaca Qulhuwallahu Ahad
(Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x dihitung seperti khatam Al-Quran. Kedua,
berselawatlah kepadaku dan seluruh para nabi, nanti kami semua siap
memberi syafaat. Ketiga, doakan kaum mukminin-mukminat; Astaghfirullah
lil mukminina wal mukminat, supaya semua kaum mukminin-mukminat rela
kepadamu. Ke empat, Umrah dan Haji yang kumaksud ialah membaca;
Subhanallah, walhamdulillah, wa Laa Ilaha Illallah, wa Allahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Haji’.
Jadi inilah amalan yang diajarkan Rasulullah kepada puterinya Fatimah. Dan mari kita amalkan dan ajarkan kepada anak-anak kita:
1. Membaca Qulhuwallahu Ahad (Al-Ikhlas) 3x.
2. Selawat kepada para Nabi (Allahumma Shalli ala Muhammad wa Aali Muhammad wa Alal Anbiya-i wal Mursalin).
3. Mendoakan kaum Muslimin (Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat).
4. Kemudian membaca (Subhanallah, wa-Alhamdulillah wa Laa ilaa ha Illallah wa-Allahu Akbar).
Marilah kita mulai praktikkan dan ajarkan kepada anak-anak kita.
sumber
Tidak ada komentar:
Posting Komentar