HOME | CARI ARTIKEL DI SINI

Senin, 06 Juli 2015

HADIS QUDSI UNTUK KEDAMAIAN HATI

HADIS QUDSI UNTUK KEDAMAIAN HATI
Allah SWT berfirman, "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Aku, tiada sekutu bagi-Ku dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Ku.
Barangsiapa yang tak rela dengan ketentuan-Ku, tidak sabar terhadap ujian-Ku, tidak mensyukuri nikmat-Ku, dan tidak puas dengan pemberian-Ku, maka hendaknya ia menyembah tuhan selain-Ku.
Barangsiapa yang sedih terhadap kehidupan dunianya, seolah-olah dia sedang murka kepada-Ku. Siapa yang mengeluh atas suatu musibah, bererti ia telah mengeluhkan kepada-Ku.
Siapa yang mendatangi orang kaya, lalu dia merendahkan diri kerana kekayaannya, maka hilanglah dua pertiga agamanya.
Siapa yang memukul wajahnya kerana kematian seseorang, seolah-olah ia telah mengambil tembok untuk memerangi-Ku. Siapa yang mematahkan kayu di atas kubur, seolah-olah ia telah menghancurkah Ka'bah-Ku dengan tangannya.
Siapa yang tak peduli dari mana ia mendapat makanan, maka Allah juga tak peduli dari pintu mana ia akan dimasukkan ke neraka Jahanam.
Siapa yang tak bertambah agamanya, bererti ia merugi. Sedangkan orang yang merugi, mati adalah lebih baik baginya.
Barangsiapa yang mengamalkan apa yang dia ketahui, maka Allah akan mewariskan untuknya ilmu yang tidak ia ketahui. Serta siapa yang panjang angan-angan, maka amalnya tidak akan ikhlas."
--Imam Al-Ghazali dalam Kimiya As-Sa'adah
SILA SHARE DAN SEBARKAN
sumber

Tidak ada komentar:

Posting Komentar