Al habib ali jufri merupakan pendakwah yang kaya raya, tapi kesemuanya
hartanya diinfak fi sabilillah, sehinggakan golongan yang tidak
sependapat dengan alhabib mengakui sifat
dermawan yang tiada tolak bandingan, ke mana-mana beliau pergi akan ada
hartanya diinfakkan. Satu ketika ketika beliau masuk berdakwah di
sebuah pusat hiburan di mesir, dikatakan alhabib kepada semua
pengunjungnya termasuk para artis, "ambillah apa yang engkau suka dan
mahu, malam ini aku akan belanja engkau semua tetapi aku mahu engkau
semua meluangkan masa beberapa saat untuk mendengar bicaraku".
Gembiralah para pengunjung, mengambil dan memakan apa sahaja yang mereka
mahu. Kemudian alhabib jufri berbicara di atas pentas artis, ucapannya
walaupun beberapa ketika menyebabkan para artis dan pengunjung menangis.
Ramai artis yang bertaubat di tangannya hingga kerajaan mesir pada
ketika itu bimbang jika keadaan itu berterusan, industri hiburan akan
merosot lalu melarang al habib dari memasuki mesir.
sumber
Tidak ada komentar:
Posting Komentar